} body{ cursor:url(http://ani.cursors-4u.net/smiley/images3/smi310.gif),auto; }

Sunday 6 May 2018

Kuih Seri Muka Pandan

Assalammualaikum...

Aku sebenarnya tak tau nak story apa kat blog.. Hehehe.. Tapi saja ja kali ni nak kongsi sikit percubaan aku buat kuih 'Seri Muka Pandan'.. Alhamdulillah menjadi..


Bahan untuk pulut dibawah :

3 cawan beras pulut (rendam 1-2 jam)
3 cawan santan cair
2 sudu teh minyak masak
1 sudu kecil garam


Cara buat :

* angkat dan toskan beras pulut yang direndam tadi sampai kering, siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang, satukan semua bahan diatas tadi kedalam loyang kemudian gaul hingga sebati

* selepas digaul sebati, kukus selama lebih kurang 30 minit, kacau sekali skala supaya masak rata

* apabila pulut sudah masak, tekan pulut tadi supaya padat dan mampat dalam loyang, lepas itu kita sediakan lapisan kedua pula.


~ Maaf la gambar campuran pulut dan pulut dikukus tak da plak~


 Bahan lapisan atas :

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam
Daun pandan blend dengan air dan tapis (aku ganti dengan pati pandan)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air


Cara buat :

* campur bahan-bahan kat atas tadi dan kacau sehingga sebati, tuangkan air dan kacau lagi hingga rata. Kalau tak nak ada ketul-ketul tepung boleh tapis dulu adunan tadi. Bila dah siap adunan ni boleh la atas pulut yang dah dikukus tadi.

* kukus adunan ni selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak, untuk elakkan air menitik atas kuih, boleh balut penutup kukus dengan kain bersih dan setiap 10 minit buka penutup untuk hilangkan wap air.

* bila dah masak angkat dan sejukkan, lepas tu boleh la potong sesuka hati dan makan.











<---- baru nak kukus (dah letak lapisan kedua atas pulut)

















Ni la jadinya kalau xbalut penutup kukus, atas dia jadi tak lawa cam ni la ---->


^ ni la hasilnya bila dah siap, nampak kan lapisan dia


* ada yang bagi tips, kalau nak nampak berkilat atas dia, letak skit tepung ubi.. Tak pa lepas ni kita cuba pula



Tuesday 13 March 2018

Birthday Surprise

Ya Allah,
Kurniakanlah kedamaian hidup serta sinar kebahagiaan buat Suami Ku du dunia dan akhirat.
Berkatilah dan rahmatilah hidup Suami Ku, panjangkan usianya agar bertambah juga keimanan didadanya. 
Perluaskan pinti rezekinya dan berikan Suami Ku kekuatan dan ketabahan yang diperlukannya dalam mengharungi setiap dugaan dibumi Mu ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 25 buat suami ku. Aku rasa sangat bertuah memiliki mu sebagai suami ku. Tiada hadiah yang istimewa untuk aku berikan di hari lahir mu hanya cinta, kasih sayang dan iringan DOA kepada illahi agar dikau sentiasa didalam lindungan Allah SWT setiap masa dan waktu.

~ 12.3.1993 suami aku selamat dilahirkan, dan 12.3.2018 adalah ulangtahun kelahiran suami ku yang ke 25. Sempena hari istimewa ni, aku buat kejutan sikit bagi meraikan dia ~

 


# Gigih tau buat benda-benda ni 


* Hadiah : Chocolate Box + Ballon (minta angah buatkan



* Kek Coklat : Aku beli kek coklat biasa, nutela, wafer gulung, coklat m&m dan apam coklat. Diy sendiri ja kek ni. So, ni lah hasilnya bila dah siap

























* Gantung : Tulisan "SELAMAT HARI LAHIR" tu buat sendiri jugak. Guna kertas A4 hijau, A4 hitam, gam, tali dan penebuk lubang.



 
* Makanan : Burger King, nak masak mesti tak sempat. So, aku beli ja la (bohong sunat cakap dah beli asam pedas, sorry ya)





















* Hiasan : Ambil ja coklat yang budak2 suka makan tu coklat bentuk "8", kereta hotwheels suami aku dan mainan free gift beli MacD dulu. Jadi la dari tak ada hiasan langsung




















~ Belanja sikit gambar lain ~






 
Alhamdulillah, apa yang dirancang selama sebulan ni menjadi dengan izin dari Nya 
(Katanya sedih dan terharu sebab tak pernah dapat macam tu)

~Sekian sahaja cerita aku sambut hari lahir suami yang ke 25 ~



Wednesday 21 February 2018

My Big Day

....ASSALAMMUALAIKUM....


Setelah setahun diijab kabulkan hari ni baru berkesempatan nak update pasal "WEDDING". Aku nikah 9 september 2016, actually aku nak pilih tarikh lahir aku 8 september 2016 tapi disebabkan tarikh tu jatuh hari khamis so terpaksa la pindah tarikh selepas nya. 

...... Ni ada la aku selit sikit gambar nikah, jom tengok ......







<= ni gambar sebelum akad nikah sementara tunggu ustaz sampai

(abah & mak kesayangan aku)












 

 Berwali kan abah aku sendiri, dikelilingan saksi2. Masing2 muka tengah gabra. Abah dan suami aku sama-sama muka cuak ja.. Hehehee



Alhamdulillah, dah selesai akad nikah. Setelah 2 kali lafaz, sah la aku menjadi isteri orang. 



          




Gambar atas ni, selepas akad nikah. Ada la bergambar sikit. Tak lama pun sebab pihak suami aku nak balik. Padahal sepatutnya aku ada outdoor nikah. Apakan daya terpaksa la curi masa bergambar time orang tengah makan.



 ...... Ni pulak gambar hari bersanding Kajang, Selangor (belah perempuan- 10 September 2016) jom tengok ......





<= keluarga aku..
2 depan duduk : along (dayah) & abg dean 
2 duduk tengah : abah & mak
berdiri kanan : angah @ sha (single & available)
berdiri kiri : bongsu @ adam






Family suami =>
2 depan duduk : tasha (4) & raziq (bongsu)
berdiri kanan : ibu & nadiah (2)
berdiri kiri : ayah & arash (3)




Ni pengapit kami. Baju gold tu semestinya angah aku la, yang baju kelabu tu sepupu suami aku apiz.


Masa sesi potong kek, pakat menangis atas pentas, boleh pulak DJ cerita pasal arwah atok. Huhuhuu.. Sambut semua birthday bulan sembilan. Senang !



<= Gadis-gadis pengiring aku ni, depa sanggup mai dari jauh semata-mata nak jadi "bridesmaid" aku
hujung kanan : yaya
kedua kanan : nad
tengah : semestinya la aku pengantin nya
hujung kiri : farah
kedua kiri : ain
ketiga kiri : zimah 






1.. 2.. 3.. Posing.. 










<= Photographer suruh acah-acah gelak, ni bukan acah gelak dah. Memang semua pakat gelak sampai tak nampak dah mata. (mata mana mata?) Hehehee







        ...... Ni pulak gambar hari bertandang Segamat, Johor (belah lelaki- 17                                                        September 2016) jom tengok ......





<= Rombongan dari kajang, jiran masa duduk taiping dulu pun ada. 1 bas penjara dan beberapa biji kereta yang konvoi datang segamat.














Bergerak ke meja makan damai, ada kejadian sikit masa nak duduk (boleh pulak dekat lantai tempat duduk aku tu, ada sarang semut gatai mau nya terkejut mak mertua aku. Dengan pantas ibu ambil ridset & spray, baru la aku duduk tu pun angkat kain tak bagi kena tanah) =>












<= Sesi bergambar pulak, kita bergambar dekt rumah pelamin dulu sementara nak keluar pergi outdoor 










Ayah dan ibu. Masa dekat segamat takda pun gambar dengan adik beradik suami aku, yang ada gambar ni ja=>






<= Bergambar dengan family aku pulak. Sedih sangat masa depa nak balik, bergenang air mata. Boleh pulak ternangis masa dok tangkap gambar selepas depa balik.. Huhuhu 






...... Gambar outdoor ......

Nasib la dapat  jugak bergambar. Disebabkan masa dalam perjalanan nak keluar outdoor hujan, kami terpaksa tunggu hujan berhenti baru boleh photoshoot. Ni selit sikit gambar..








Sekian saja la, cerita dan gambar-gambar yang aku nak kongsi sempena perkahwinan aku. Enjoy la ya membaca dan tengok gambar.. Heheheeee














Monday 15 January 2018


Bye 2017 dan selamat datang 2018.. Walaupun dah masuk tengah bulan 1 baru nak ucap selamat tahun baru.. Heheheee... 

...Semoga tahun ni membawa rezeki dalam hidup aku...