} body{ cursor:url(http://ani.cursors-4u.net/smiley/images3/smi310.gif),auto; }

Sunday 6 May 2018

Kuih Seri Muka Pandan

Assalammualaikum...

Aku sebenarnya tak tau nak story apa kat blog.. Hehehe.. Tapi saja ja kali ni nak kongsi sikit percubaan aku buat kuih 'Seri Muka Pandan'.. Alhamdulillah menjadi..


Bahan untuk pulut dibawah :

3 cawan beras pulut (rendam 1-2 jam)
3 cawan santan cair
2 sudu teh minyak masak
1 sudu kecil garam


Cara buat :

* angkat dan toskan beras pulut yang direndam tadi sampai kering, siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang, satukan semua bahan diatas tadi kedalam loyang kemudian gaul hingga sebati

* selepas digaul sebati, kukus selama lebih kurang 30 minit, kacau sekali skala supaya masak rata

* apabila pulut sudah masak, tekan pulut tadi supaya padat dan mampat dalam loyang, lepas itu kita sediakan lapisan kedua pula.


~ Maaf la gambar campuran pulut dan pulut dikukus tak da plak~


 Bahan lapisan atas :

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam
Daun pandan blend dengan air dan tapis (aku ganti dengan pati pandan)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air


Cara buat :

* campur bahan-bahan kat atas tadi dan kacau sehingga sebati, tuangkan air dan kacau lagi hingga rata. Kalau tak nak ada ketul-ketul tepung boleh tapis dulu adunan tadi. Bila dah siap adunan ni boleh la atas pulut yang dah dikukus tadi.

* kukus adunan ni selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak, untuk elakkan air menitik atas kuih, boleh balut penutup kukus dengan kain bersih dan setiap 10 minit buka penutup untuk hilangkan wap air.

* bila dah masak angkat dan sejukkan, lepas tu boleh la potong sesuka hati dan makan.











<---- baru nak kukus (dah letak lapisan kedua atas pulut)

















Ni la jadinya kalau xbalut penutup kukus, atas dia jadi tak lawa cam ni la ---->


^ ni la hasilnya bila dah siap, nampak kan lapisan dia


* ada yang bagi tips, kalau nak nampak berkilat atas dia, letak skit tepung ubi.. Tak pa lepas ni kita cuba pula