} body{ cursor:url(http://ani.cursors-4u.net/smiley/images3/smi310.gif),auto; }

Tuesday 22 April 2014

.....Menderma Darah.....

Harini 1st time aku derma darah bagi tahun 2014..
Ok la kan, setahun aku berpeluang untuk derma darah sekali ja...
Macam2 hal jadi bila nak derma buat kali ke 2, ke 3 dan seterusnya..

So, aku tunjuk la gambar yang sempat snap tadi..


Sorry la kakshida, dari jauh je dila dpt snap pic kakshida... Jadi la kan, officemate yang turut serta menderma darah, darah aka ni "O", sangat baik hati ok, boleh derma pada semua orang..

Nampak x jururawat2 yang terlibat dalam sesi derma darah ni... 
Semua cute2 je.. Sejok hati bila tengok..

Ok,aku darah "B" kali ni aku kena derma darah 450 ml.. 
Makin lama, makin banyak aku menderma darah..

Kapas yang nurse tu letak kat tempat cucuk ambil darah tadi.. 
Sementara dia nak letak plaster, takut darah terpancut keluar plak kan.. 



Selepas derma darah...
 Sempat aku cakap kat nurse tu, "saya baru nak snap pic jarum kat tangan, nurse dah tanggalkan.."
 Kenapa cepat sangat darah saya penuh dalam beg tu... 
Darah aku cair, tu yang cepat penuh.. 

Disebabkan darah sendiri xsempat nak snap... 
Aku berjalan la untuk snap pic darah dalam beg orang lain..


  
Nampak xlubang kat tangan aku tu?
Tu la bekas kena cucuk jarum nak ambil darah tadi..


Ni la yang aku dapat selepas ambil darah.. Biskut, roti & ubat..

Aku memang suka nak derma darah, biar la orang cakap kalau selalu ambil darah badan boleh naik erti kata lain "gemuk"...
Asalkan aku happy dapat menderma darah untuk orang lain gunakan bila diperlukan... 


Monday 7 April 2014

Gastrik

Assalamualaikum…


Harini aku kene gastrik… Tapi tak la seteruk tahun lepas sampai langsung xboleh masuk makanan dalam perut , asyik muntah2 ja.. Disebabkan itu, harini aku nak cerita pasal gastrik..


sakit pada bahagian atas perut samada di bahagian tengah atau kiri 

Apa maksud gastritis? 

Gastritis ni terjadi sebab dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric (asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan). Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari, malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom atau tanda2 sakit perut di bahagian ulu hati.

Apa simptom atau tanda-tanda penyakit gastric: 

(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Muntah

Punca penyakit gastrik :

(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul
(b) Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu “Helicobacter Pylorii”
(e) Merokok

Penyakit ini berbahaya atau tidak? 


Penyakit gastrik di peringkat awal tidak begitu berbahaya, tetapi jika pesakit tidak mengambil langkah2 pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.

Langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik.

1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.
2. Elakkan mengambil ubat2 penahan sakit bagi jangka masa yang panjang.
3. Elakkan tekanan. Saya pernah baca dekat blog seorang “insan” ni, cara dia untuk mengelakkan tekanan/stress "perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah, belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa, mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada".
4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.

Perlu di elakkan jika telah mengidap penyakit gastrik? 

1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok


So, kesimpulannya… Kalau xmau diserang “GASTRIK” makan la ikut masa yang sepatuntya dan elakkan perkara yang tidak boleh dibuat kalau dah diserang penyakit ni… Tapi aku ni yang selalu kena gastric, memang xboleh nak ikut sebab aku ni degil sikit.. Hehehe 








Thursday 3 April 2014

..Hari Keluarga BKJ..

Assalamualiakum...

Udah lama x mengupdate blog dengan cerita2 baru...
So, arini nak update pasal hari keluarga BKJ tahun 2013...



<= Bergambar sebelum memulakan aktiviti untuk hari pertama












Gambar kenangan bersama Kakaziah & Kaklela =>

Uit... Semua pakat dok langut tengok kapal terbang mainan tersangkut atas pokok.. Ingatkn pasaipa la brader tu dok lempaq tali atas pokok...

Sebelum memulakan permainan, semua staff di minta berbaris untuk dibahagikan dalam kumpulan masing2..



Udah macam baca doa ja, padahal dok balahaq cara nak kumpul air dalam tapak tangan supaya x tumpah..




Aktiviti dimulakan, tadah jangan xtadah air tu...









Aktiviti ke2 dimulakan.... Bawa bola ping pong dalam sudu

Aktiviti ke3, baling bola kebelakang & kawan kat belakang capai bola tu jangan bagi jatuh..

Aktiviti 4, bawa bola di celah kaki... Aktiviti yang paling sempoi n paling lawak.. Macam2 gaya yang di pamerkan oleh setiap staff yang main..





Ni nak main ke? Nak nyanyi lagu negara ku... Udah ngape pakat dok berdiri tegak..









Pengarah Bahagian Kejururawatan menyampaikan sepatah dua kata.. bagi merasmikan makan malam...











Empat orang Matron lain juga menyampaikan lagu pada malam tersebut..






Matron Hasnah yang sangat sporting menyampaikan lagu kepada kami sempena makan malam...












Aku, awish & kakyani... Sempat posing lagi...



Terselit pulak gambar aku kat sini... Hehhehehe










Gambar senamrobik... Semua sporting gila la... Udah macam2 gaya senamrobiknya... 
















Lastly, setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri... Sangat happy dapat join hari kelurga BKJ.. Staff yang sangat sporting... Sayang semua...