} body{ cursor:url(http://ani.cursors-4u.net/smiley/images3/smi310.gif),auto; }

Thursday 15 May 2014

Besday Emak 2014

Hola2... Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua..


Hari ni aku rasa jari jemari aku ni rajin pulak nak menulis dekat blog ni..
 So,disebabkan itu aku akan menulis la sikit hari ni.. 
Let's begin, the story for today is
 " Pencarian Kek Carrot or seumpamanya untuk besday mak tahun ni"...

Yang sebenarnya dari awal tahun ag mak selalu cakap yang dia teringin nak makan kek carrot, tapi masing2 semua malas nak cari.. 
Almaklumlah sentiasa bz, kami adik beradik n abah keje, 
adam biasa la dgn aktiviti motor dia n mak plak bz dok mngasuh budak.. 
So, semua xde masa la kata kan...

Disebabkan itu la, besday mak kali ni nk mencari kek carrot..
Ok, Mak cakap along bagitau kedai kek dekat kedai Kasut U ada jual kek carrot, kami pun pergi la mencari kek tu, tanya punya tanya org tu cakap xda jual kek carrot klu nak kena tempah la..
Dah rasa hampa hati.. Misi mencari kek di batalkan buat kali pertama..
Cerita sebenarnya (Along bukan cakap dekat kedai kasut U, tapi Pasaraya Ku, yang peliknya ada pulak kedai kek kat situ)..

Selang seminggu lepas besday mak, aku, along, angah n abg dean memulakan kembali misi mencari kek carrot yang mak teringin.. 
1st: Cari dekat pekan kajang xda kek carrot, yang kami jumpa hanya "Muffin Carrot n Spices".. Aku beli la dengan harga RM2.50 sebiji (beli dua biji untuk emak).. 

Ni la rupanya muffin tu:- 

Muffin ni sedap tapi rasa rempah dia kuat sangat, aku kurang suka. 

2nd: Kami pergi pulak kedai kek yang biasa kami pergi dekat prima saujana.. 
Masuk ja kedai tengok dalam fridge.. Jeng jeng jeng...
Wah, ternampak kek carrot yang besar ada, yang kecil pon ada.. 
Punya la exiceted time tu... Bila dah jumpa persoalan yang timbul "nak beli yang besar or kecil??"..
 Sesi perbincangan bermula, akhirnya diputuskan untuk beli yang kecil sebab bukan semua nak makan.. 
Nak rasa je, tapi  kecil xkecil jugak la cukup untuk 7 orang makan.. 
Kek ni harga dia RM15.00 sebekas tu.. 

Ni la rupanya kek tu:- 

Sedap kek ni... Mak yang dah tidur pon sanggup bangun sebab dikejutkan 
" mak kami ada beli kek carrot".. 

Perasaan aku sangat lega sebab dah dapat tunaikan keinginan mak nak makan kek carrot untuk besday dia tahun ni... Syukur Alhamdullillah..


Monday 5 May 2014

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum


Sudirman: Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir