Wahai LELAKI..
Perhubungan bukan ikatan untuk suka-suka,
Jangan mempermainkan hati kami (wanita),
Tidak kau ketahui martabat kami (wanita),
Kami (wanita) seumpama pemilik takhta.
Wahai LELAKI..
Kau sekadar bertopeng dan berjasad manusia,
Nilai suci dan mutlak cinta kami (wanita) kau persia,
Jangan kau fikir kau akan terlepas begitu saja,
Kelak kau akan menyesal dihujung usia.
Wahai LELAKI..
Jangan dirasa sempurna semua kejadian mu,
Allah SWT menilai sejauh mana ketakwaan mu,
Kelak pasti akan dibals juga kejahatan mu,
Agar kau merasa apa yang kami (wanita) lalui kerana mu.
No comments:
Post a Comment