Assalamualaikum…
Harini aku kene gastrik… Tapi tak la seteruk tahun lepas sampai langsung xboleh masuk makanan dalam perut , asyik muntah2 ja.. Disebabkan itu, harini aku nak cerita pasal gastrik..
sakit pada bahagian atas perut samada di bahagian tengah atau kiri
Apa maksud gastritis?
Gastritis ni terjadi sebab dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric (asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan). Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari, malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom atau tanda2 sakit perut di bahagian ulu hati.Apa simptom atau tanda-tanda penyakit gastric:
(a) Sakit ulu hati(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Muntah
Punca penyakit gastrik :
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul
(b)
Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu “Helicobacter Pylorii”
(e) Merokok
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu “Helicobacter Pylorii”
(e) Merokok
Penyakit ini berbahaya atau tidak?
Penyakit gastrik di peringkat awal tidak begitu berbahaya, tetapi jika pesakit tidak mengambil langkah2 pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.
Langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik.
1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.2. Elakkan mengambil ubat2 penahan sakit bagi jangka masa yang panjang.
3. Elakkan tekanan. Saya pernah baca dekat blog seorang “insan” ni, cara dia untuk mengelakkan tekanan/stress "perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah, belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa, mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada".
4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk
kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.
Perlu di elakkan jika telah mengidap penyakit gastrik?
1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok
No comments:
Post a Comment