} body{ cursor:url(http://ani.cursors-4u.net/smiley/images3/smi310.gif),auto; }

Monday, 18 June 2012

Family Ku....

Aku rindukan mereka... 
Jika hati ini dapat di lihat dan dapat di selami.. 
Orang akan tahu bahawa aku ini insan yang lemah dan tidak kuat dari segi emosi... 
Hanya luaran aku tersenyum... 
Padahal dalam hati ini bukan seribu kesedihan malah tidak dapat dikira kesedihan yang aku hadapi... 

Mengapa aku sering di uji sebegini??? 
Lepas satu, datang lagi satu ujian yang harus aku tempuhi...
Aku tidak sanggup untuk menempuhi ujian ini seorang diri tanpa sokongan dari keluargaku...

Mungkin inilah yang dikatakan dugaan dalam kehidupan  setiap manusia..
Allah menguji aku untuk melihat tahap kesabaran aku..
Walaupun aku di uji sebegini, aku percaya ada hikmah di sebaliknya...

Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku sebuah keluarga yang cukup sempurna..
walaupun kami tidaklah kaya dari sehi harta...
Tapi kami kaya dengan kasih sayang yang tiada bandingnya...

Aku sangat sayangkan mereka... 
Tiada siapa yang dapat menggantikan mereka dalam hati aku... 
Tiada siapa dapat memisahkan kami... 
Hanya Allah sahaja yang dapat memisahkan, kerana Allah itu Maha Berkuasa...



Coretan Ku: Anis Adila




No comments:

Post a Comment